Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

Mahkamah tolak permohonan The Edge

Kongsi maklumat ini
Tags

the-edgelaw600KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan The Edge Communications Sdn Bhd untuk menangguhkan arahan penggantungan dua penerbitannya sebelum ini.

Dua penerbitan syarikat itu, The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily, telah digantung penerbitan selama tiga bulan sejak 27 Julai lepas berkaitan laporannya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 27 Julai lepas syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

The Edge Communications Sdn Bhd telah memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding di bawah Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan perintah certiorari supaya mahkamah menolak keputusan Menteri Dalam Negeri.

Syarikat penerbitan itu turut memohon suatu perintah interim untuk penggantungan pelaksanaan keputusan sehingga penyelesaian pendengaran permohonan dan kos.

Menteri Dalam Negeri dalam surat bertarikh 23 Julai lepas yang ditandantangani oleh Hashimah Nik Jaafar bagi pihak menteri, telah memaklumkan kepada syarikat itu penggantungan permit penerbitan kedua-dua penerbitan itu untuk tempoh tiga bulan mulai 27 Julai.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada ketua pengarang syarikat itu, Ahmad Azam Mohd Aris, KDN memaklumkan bahawa laporan mengenai 1MDB oleh The Edge adalah memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan kepentingan negara.
Sekiranya gagal mematuhi arahan penggantungan, tindakan pembatalan permit permit terhadap kedua-dua penerbitan itu akan dibuat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.