Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Mahkamah Tolak Permohonan UTHAYAKUMAR Untuk Tubuhkan Siasatan Diraja

Kongsi maklumat ini
Tags

jdhglKuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan peguam P. Uthayakumar bagi mendapatkan perintah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung layanan pihak penjara ke atas banduan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan ketika membuat keputusan itu berkata Mahkamah Tinggi Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang difailkan Uthayakumar.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar deklarasi yang dipohon, oleh itu mahkamah menolak permohonan tersebut,” katanya.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Uthayakumar.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suzana Atan dalam bantahannya menyatakan bahawa usul yang dipohon oleh Uthayakumar tidak termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi Jenayah.

Suzana berkata Uthayakumar juga tidak menjelaskan perkara yang dipohon dalam permohonannya, di mana terdapat keputusan di Mahkamah Rayuan menyatakan apabila gagal menjelaskan mengenai permohonan yang dibuat, maka permohonan itu boleh ditolak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.