Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Mahu Tahu Kenapa Kita Orang Islam Patut Sokong TPPA?

Kongsi maklumat ini
Tags

Perancangan serta penelitian kerajaan dalam memahami dan memperhalusi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini bukan dalam jangkamasa sehari dua. Semua sudut luar dan dalam sudah dikaji oleh pakar-pakar dalam negara ini tanpa ada tekanan dan desakan dari mana-mana pihak. Jangan lupa isu halal-haram sangat diutamakan dalam keputusan kerajaan.

Jika dibahas menggunakan bahasa ekonomi barangkali ramai yang tidak faham. Tetapi langkah inisiatif telah dibuat untuk memberi pengertian secara mudah kepada rakyat berkaitan isu TPPA ini. Apa yang pasti penjelasan yang dibuat bukan seperti ulasan pakar ekonomi media sosial yang ‘berbelit-belit’ lagi mengelirukan.

Sebenarnya Malaysia tidak akan terus diikat kepada syarat apabila menyertai TPPA kelak. Itu jelas bermakna Malaysia berjaya membuka ikatan syarat TPPA untuk mempertahankan isu-isu dan dasar-dasar penting negara. Paling utama sebagai negara Islam kita berjaya mempertahankan kesucian Agama Islam bahawa TPPA tidak akan menggugat peraturan-peraturan bersyariat Islam.

Dalam usaha negara untuk menjadi hab produk halal dunia bermakna tidak ada masalah lanjutan sekiranya Malaysia menyertai TPPA. Apa yang mahu sangat dibantah sekiranya usaha tersebut dapat dimanfaat oleh semua orang. Halal itu bersifat universal sebagaimana diketahui ia disenangi serta diterima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sementara itu, banyak tanggapan mengatakan jika menyertai TPPA maka Malaysia akan hilang hak untuk menapis bahan-bahan berunsur lucah masuk ke negara ini. Malaysia tetap bertegas dalam hal tersebut, masih berhak serta berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas perkara itu. Pokok pangkalnya kita sebagai rakyat yang mempunyai peradaban tahu untuk menilai dan mencegah.

Dalam banyak perkara, kedaulatan Islam sentiasa dijaga oleh kerajaan. Kepentingan itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk memantapkan ekonomi negara melalui landasan yang betul.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.