Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

MAIJ HASRAT CAPAI SASARAN SIFAR ASNAF TAHUN INI

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALID ABU BAKAR_SECURITY_I CITYLedang – Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhasrat mencapai sasaran sifar asnaf (penerima wang zakat) yang tercicir daripada senarai mereka yang layak di negeri ini bermula tahun ini.

Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadot berkata bagi menjayakan sasaran itu, semua kakitangan MAIJ termasuk kadi dan ketua kampung diminta terlibat sama mengenal pasti mereka yang layak untuk menerima wang zakat.

“Pihak majlis (MAIJ) menerusi Program Jejak Asnaf akan mencari dan membantu seramai mana golongan asnaf di negeri Johor agar tidak ada yang tercicir dalam pengagihan wang zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menyertai Program Jejak Asnaf MAIJ di daerah Ledang di Kampung Parit Dua, Sagil yang membabitkan 35 buah rumah.

Noh berkata sebagai ahli majlis adalah menjadi tanggungjawab dirinya untuk memastikan bahawa semua kutipan wang zakat diagihkan kepada saluran yang betul.

“Kita tidak mahu ada golongan asnaf yang tertinggal daripada menerima bantuan ini.

Justeru itu, kita mahu semua pihak termasuk pemimpin setempat menyalurkan maklumat kepada MAIJ sekiranya terdapat golongan asnaf yang perlu mendapatkan bantuan. Insya-Allah kita tiada masalah untuk datang membantu,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.