Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Majikan Masih Berdegil Ambil Pati Jadi Pekerja

Kongsi maklumat ini
Tags

fsnKUANTAN – Segelintir majikan dikesan terus berdegil mengajikan pekerja asing tanpa izin (Pati) walaupun operasi demi operasi dijalankan Jabatan Imigresen bagi membendung kebanjiran pekerja ’tidak sah’ itu di negeri ini.

Dalam operasi terbaharu, seramai 107 pekerja asing pelbagai kerakyatan diperiksa dan hasilnya 55 berjaya ditahan hasil operasi dijalankan Jabatan Imigresen Pahang ke atas kilang papan, tapak pembinaan, pusat urut dan restoran di sekitar Temerloh dan Maran, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Tinggi Imigresen Pahang, Mohd Rosli Mat Nun berkata, kebanyakan yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1963 termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,tiada permit kerja dan salah guna pas lawatan.

Menurutnya daripada keseluruhan pati yang ditahan, 28 warga Bangladesh, 18 warga Indonesia dan warga Myanmar, Vietnam dan Thailand masing-masing tiga,

“Kejayaan tangkapan ini hasil serbuan ke atas empat lokasi dikenalpasti termasuk sebuah kilang papan yang beroperasi Batu 5, Jalan Karak, Mentakab,Temerloh.

“Hasil operasi kira-kira jam 4.15 petang itu, seramai 28 pekerja diperiksa dan 11 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah akta imigresen,” katanya.

Mohd Rosli berkata, hasil serbuan seterusnya kira-kira jam 5.45 petang di tapak pembinaan Taman Keladan Indah, Temerloh, seramai 74 pekerja diperiksa dan agak mengejutkan apabila lebih separuh daripadanya (41 orang) didapati pekerja ‘tidak sah’ apabila ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan dan melanggar syarat pas lawatan dan permit kerja.

“Kita juga turut mengenalpasti dan melakukan serbuan ke atas sebuah premis urut refleksologi di pekan Sri Jaya, Maran dan hasilnya tiga wanita warga Thailand ditahan selepas didapati melanggar syarat pas lawatan.

“Bagaimanapun hasil serbuan ke atas sebuah restoran di Kampung Sri Jaya, Maran, tiada sebarang tangkapan dilakukan memandangkan kesemua enam pekerja yang diperiksa didapati mempunyai dokumen sah untuk bekerja di situ,”katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.