Kiriman pada: Thu, Jan 8th, 2015

Majlis Akikah Dan Kesyukuran Permata Hati Pasangan Che Ta Dan Zain

Kongsi maklumat ini
Tags

Screenshots_2015-01-08-00-12-01MAJLIS akikah dan kesyukuran permata hati pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin berlangsung dengan meriahnya, semalam.

Aaisyah Dhia Rana, 2 bulan diraikan atas pentas yang dihias indah dengan rona merah jambu dan emas.

Bercakap kepada media, Zain melahirkan keterujaannya bergelar bapa dan bersyukur di atas kurniaan-NYa itu.

“Sebagai bapa, kehadirannya memang sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur kepada Tuhan,” katanya.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu diraikan tetamu termasuk rakan artis seperti Ziana Zain dan Dafi.

Rozita atau Che ta selamat melahirkan Aaisyah pada 1 November lalu kira-kira jam 2.18 petang secara normal.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.