Kiriman pada: Tue, Jan 31st, 2017

Majlis MARA Berkuasa Penuh Gantung Annuar

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Majlis MARA berkuasa penuh menggantung Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan Mara Berhad (PMB), sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana ia tidak membabitkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa Menteri dengan persetujuan Perdana Menteri.

Katanya, Annuar tidak dijemput hadir mesyuarat kerana mesyuarat itu adalah bagi membincangkan hal beliau selaku Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Ketereh itu juga tidak dipanggil memberi penjelasan kerana mesyuarat berpendapat adalah wajar beliau memberi penjelasan kepada Jawatankuasa (JK) Audit nanti.

“Tindakan penggantungan sementara dibuat berdasarkan beliau sedang disiasat oleh JK Audit dan sebagai Pengerusi, bimbang ia akan mempengaruhi siasatan.

“Saya dimaklumkan oleh Penasihat Undang-undang Mara bahawa Majlis Mara berkuasa penuh dalam keputusan menggantung, sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.

Beliau juga menghormati keputusan Majlis Mesyuarat Mara yang ingin menyelesaikan isu yang membabitkan Mara dan anak syarikat mereka secara tuntas.

“Cuma saya minta supaya siasatan dalaman ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Penggantungan beliau adalah sementara menunggu siasatan Jk Audit Dalaman selesai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.