Kiriman pada: Sun, Feb 19th, 2017

Majlis Tahlil Untuk Dua Pelajar SMK Tan Sri Mohamed Rahmat

Kongsi maklumat ini
Tags

Johor Bahru – Lebih 800 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk dua pelajarnya yang menjadi antara mangsa terkorban dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, semalam.

Pengetua sekolah itu, Rusaini Ahmad, berkata majlis itu diadakan sempena perhimpunan pagi yang dianjurkan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, bermula jam 7.15 pagi.

“Kebetulan pagi ini ada perhimpunan pagi dan kesempatan itu digunakan untuk kami mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk dua pelajar kami yang terbabit kemalangan.

“Dua pelajar kami yang maut iaitu Allahyarham Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dan Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14, selain Muhammad Fitri Fatoni, 17, yang cedera,” katanya.

Rusaini berkata, satu kutipan derma kilat juga diadakan untuk diserahkan kepada keluarga pelajar terbabit termasuk sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Guru yang berkelapangan juga turut menziarah rumah kedua-dua keluarga pelajar itu pagi ini, masing-masing di Kempas dan Bukit Mutiara.

Tindakan sekumpulan remaja menunggang basikal beramai-ramai membawa padah apabila lapan daripadanya maut, manakala lapan lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Nissan Almeera dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh kumpulan remaja terbabit.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.