Kiriman pada: Tue, Feb 14th, 2017

Makmal Dadah Digempur, Syabu Lebih RM1 Juta Dirampas

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Polis menggempur sebuah makmal pemprosesan dadah syabu dan menahan enam lelaki dalam empat serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, petang tadi.

Serbuan dijalankan pada jam 3 petang oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di Rawang, Bandar Teknologi Kajang, Mont Kiara dan Plaza Damas, di sini.

Hasil serbuan serentak di semua lokasi berkenaan, enam lelaki berusia sekitar 30-an dipercayai terbabit dalam sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah turut ditahan.

Dalam serbuan sama, pihak polis merampas 12 kilogram dadah syabu yang sudah diproses serta ibu syabu yang secara keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Sepucuk pistol jenis Beretta bersama puluhan peluru turut ditemui dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Mont Kiara.

Difahamkan pada masa ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan STING masih lagi menjalankan siasatan di lokasi serbuan serta menyoal siasat suspek yang ditahan untuk tindakan susulan berhubung rangkaian mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut merakamkan penghargaan kepada pasukan STING, atas kejayaan berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.