Kiriman pada: Tue, Nov 24th, 2015

Maksimumkan Potensi Wanita Untuk Pembangunan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

258905794d8ef6468d703a80829c8bb0e0d152edKuala Lumpur – Potensi serta kebolehan wanita di negara ini perlu dimaksimumkan dalam membantu pembangunan negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata walaupun banyak inisiatif telah dilaksanakan kerajaan, masih banyak usaha lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan potensi wanita di negara ini.

“Kita seharusnya memberi galakan, sokongan serta motivasi kepada lebih ramai wanita agar mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

“Banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk memaksimumkan potensi serta kebolehan wanita di Malaysia. Saya yakin wanita mempunyai keupayaan tinggi untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Deepavali Wanita MIC.

Lebih 100 orang hadir memeriahkan majlis itu yang diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat India serta juadah tradisional kaum berkenaan.

Rosmah berkata majlis Rumah Terbuka Deepavali seumpama itu amat baik bagi memupuk perpaduan demi kesejahteraan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Pesta Cahaya atau Deepavali ini jika diterjemahkan dalam konteks kehidupan kita, ia melambangkan cahaya menerangi segala kegelapan yang menghalang kepada perpaduan antara kaum negara ini.

“Oleh itu, saya berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk terus menyuburkan benih-benih keharmonian yang telah ada di sini sekian lama,” katanya, yang meluangkan masa kira-kira satu jam pada majlis itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.