Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

MALAYSIA Airlines Mahu Gunakan Penyelesaian Pengurusan Airpas Aviation

Kongsi maklumat ini
Tags

dfsujKuala Lumpur – Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan menggunapakai penyelesaian pengurusan kos milik Airpas Aviation; syarikat dari Jerman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Christoph Müller, penyelesaian ini bagi mengawal dan mengurangkan kos operasi langsung MAB.

Airpas katanya akan menyokong MAB dalam usaha untuk mendapatkan semula keuntungan dengan memperkemaskan pemprosesan, membolehkan kawalan berpusat bagi kontrak, bajet dan debit syarikat serta mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan.

MAB juga akan menggunakan penyelesaian Airpas untuk mengubah proses dalaman daripada pihak pengurusan stesen sehingga kepada perolehan dan kewangan.

Airpas yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun sebagai peneraju pasaran dalam sistem pengurusan kos dan laluan keuntungan telah membantu syarikat penerbangan seperti Emirates dan Ryanair menangani kos operasi langsung serta proses kewangan mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.