Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

MALAYSIA AIRLINES : TIKET PERKONGSIAN Kad Emirates Diju Bermula Hari Iini

Kongsi maklumat ini
Tags

vsngjyKuala Lumpur – Pelanggan Malaysia Airlines boleh membeli tiket penerbangan perkongsian kod mereka di Emirates bermula hari ini.

Sempena pelancaran perkongsian kod itu, ahli Enrich akan menerima 25 peratus mata bonus bagi mana-mana penerbangan perkongsian kod yang dikendalikan oleh Emirates antara 22 Februari sehingga 19 April, 2016.

Syarikat penerbangan itu memulakan perjanjian perkongsian kod dengan Emirates minggu lalu bagi laluan Kuala Lumpur-Dubai.

Perkhidmatan ke Dubai akan beroperasi tiga kali sehari menggunakan Boeing 777 dan sekali sehari menggunakan Airbus 380.

Perjanjian itu yang diumumkan awal Disember 2015, merupakan satu daripada perjanjian perkongsian kod terbesar Malaysia Airlines dan menawarkan banyak destinasi baharu kepada pelanggan.

Ia merangkumi lebih 30 destinasi Amerika Selatan dan Eropah termasuk Rome, Paris, Zurich, Geneva, Stockholm, Madrid, Barcelona.

Perkongsian kos ini akan diperkenalkan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu akan datang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.