Kiriman pada: Fri, Jul 17th, 2015

Malaysia Akan Terus Desak Penubuhan Tribunal Antarabangsa Mengenai MH17

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-seri-daKuala Lumpur – Perjuangan mencari kebenaran dan keadilan berhubung penembakan jatuh pesawat MH17 setahun lepas, tidak pernah dihentikan dan Malaysia akan terus mendesak agar sebuah tribunal antarabangsa secara penuh, teliti dan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pendirian itu diambil demi kepentingan keluarga dan sahabat handai 298 orang yang maut dalam tragedi berkenaan.

Dalam tulisan yang ditujukan kepada orang tersayang mangsa dalam kejadian itu, Datuk Seri Najib berkata walaupun kata-kata mungkin tidak dapat meredakan keperitan yang mereka alami, tetapi ketahuilah oleh mereka bahawa kegetiran dan kesedihan mereka turut dikongsi semua pihak.

“Malaysia menangisi kehilangan yang anda alami, iaitu kehilangan bagi kami juga dan kami tidak akan sekali-kali membiarkan mereka yang telah pergi itu dilupai begitu saja,” kata perdana menteri dalam coretan dalam laman blog beliau, NajibRazak.com.

“Ketahuilah bahawa MH17 telah menggembleng seluruh negara ini dalam satu langkah perpaduan yang menjadikan seseorang itu berasa bangga untuk menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Semoga, perpaduan ini menjadi legasi bagi mereka yang telah hilang di mata kita itu,” katanya.

Mengenai siasatan terhadap kejadian pesawat Malaysia Airlines itu yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai, 2014, Datuk Seri Najib berkata Malaysia akan terus bekerjasama penuh dengan Pasukan Penyiasatan Bersama.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.