Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Malaysia Berada Di Kedudukan Lebih Baik Dan Mampu Menyerap Aliran Modal Tidak Menentu

Kongsi maklumat ini
Tags

zeti ekoKuala Lumpur – Malaysia berada di kedudukan lebih baik, mempunyai keupayaan untuk menyerap aliran modal tidak menentu dan berupaya membendung kesan limpahannya ke atas ekonomi sebenar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Zeti, meskipun aliran keluar baru-baru ini, keadaan pasaran kewangan domestik dan pasaran pertukaran asing masih teratur.

Zeti berkata demikian pada sidang media bersempena dengan pengeluaran Laporan Tahunan 2014 bank pusat itu.

Beliau berkata semasa krisis kewangan global antara Mac 2008 sehingga Mac 2009, aliran keluar modal ialah sebanyak US$39.3 bilion, manakala semasa petunjuk pertama pengurangan program belian bon oleh Bank Rizab Persekutuan antara Mei hingga Ogos 2013, aliran keluar modal berjumlah US$19.1 bilion.

Zeti berkata dari semasa ke semasa aliran keluar menyebabkan ringgit menyusut, tetapi sebelum itu, peningkatan aliran masuk membawa kepada kenaikan mata wang tempatan itu.

Pergerakan ringgit ketika ini dipacu oleh faktor-faktor luar dengan pelarasan lebih besar dalam unit tempatan berikutan kebimbangan kesan harga minyak rendah ke atas ekonomi Malaysia.

Menurutnya, Malaysia juga berada dalam kedudukan lebih baik menghadapi kejutan luar kerana negara mempunyai ‘penampan’ yang besar yang dibina selama ini.

Sementara itu, rizab berbanding liputan hutang luar jangka pendek pada 1.1 kali mencukupi bagi sesebuah negara yang mempunyai tahap keterbukaan ekonomi dan kewangan yang tinggi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.