Kiriman pada: Mon, Nov 23rd, 2015

Malaysia Berusaha Pastikan ASEAN SME Bank Direalisasikan

Kongsi maklumat ini
Tags

gdldIpoh – Malaysia berusaha memastikan penubuhan ASEAN SME Bank menjadi kenyataan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari negara anggota ASEAN, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Cadangan penubuhan bank itu, yang diterima Malaysia memandangkan kedudukannya sebagai pengerusi ASEAN, masih dipertimbangkan oleh perkumpulan serantau tersebut.

Ramai usahawan, terutamanya PKS, dari 10 negara ASEAN tidak mendapat pinjaman disebabkan kekurangan kemudahan pembiayaan, katanya.

Beliau ditemui pada sambutan Deepavali peringkat kawasan Parlimen Tambun Ahad.

Ahmad Husni berkata tidak semua negara ASEAN menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan kecil seperti di Malaysia.

“Mereka tidak mempunyai skim mikro kredit seperti TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) atau BSN (Bank Simpanan Nasional) yang mempunyai 5,000 ejen perbankan di kawasan luar bandar (di seluruh Malaysia),” katanya.

Mengakui penyepaduan perbankan ASEAN adalah perlahan, beliau berkata: “Walaupun ASEAN merupakan satu daripada rantau yang kukuh dari segi pertumbuhan, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar hampir lima peratus, kita belum mencapai penyepaduan penuh dalam sistem perbankan.”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.