Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Malaysia Di Landasan Capai Pertumbuhan KDNK 4.5 Hingga 5 Peratus

Kongsi maklumat ini
Tags

mfxgKuala Lumpur – Ekonomi Malaysia berada di landasan sewajarnya untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 peratus dan 5.0 peratus, tahun ini, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

“Kadar ekonomi dunia akan menyederhana pada tempoh suku kedua tahun 2015. Secara puratanya, (negara) kita berada dalam lingkungan 4.5 peratus dan 5.5 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar Sidang Kemuncak Asia Tenggara 2015 anjuran media Britain, ‘The Economist’ di sini, semalam.

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.9 peratus bagi suku kedua 2015 yang menjadikan pertumbuhan KDNK pada separuh pertama kepada 5.3 peratus.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, ekonomi Malaysia dijangka kekal berada pada aliran kukuh dengan permintaan tempatan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.