Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

Malaysia Diiktiraf Berjaya Pulihkan Ekstremis Agama

Kongsi maklumat ini
Tags

Bandar Baru Nilai – Sebanyak 87.5 peratus bekas militan berjaya dipulihkan melalui dasar ‘deradikalisasi’ yang dilaksanakan kerajaan sejak tahun 1948, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pengalaman proses pemulihan bekas militan itu dibukukan dan diterjemahkan kepada banyak bahasa, termasuk Arab dan Inggeris untuk rujukan banyak negara lain.

“Pengalaman kita pada 1948, ramai pemimpin sekolah agama terjebak dalam fahaman komunisme dan ramai juga terbabit dalam kegiatan militan, termasuk Jemaah Islamiah, Kumpulan Mujahidin Malaysia dan Al Maunah.

“Kebanyakan daripada mereka berjaya dipulihkan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) kaji pengalaman dan buat prosedur operasi standard (SOP) supaya dapat menjadi rujukan oleh negara yang menghadapi masalah sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Dialog Perdana Tranformasi Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, malam ini.

KDN juga mengenal pasti 157 rakyat Malaysia berada di negara bergolak termasuk Iraq untuk berperang dengan alasan berjihad, dengan 37 disahkan sudah meninggal dunia.

“Mereka itu mencari jalan singkat ke syurga sedangkan kajian mendapati 87.5 peratus di kalangan orang seperti ini tidak mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.