Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Malaysia Disenarai Kelapan Paling Efisien Dalam Laporan WEF

Kongsi maklumat ini
Tags

1 GlobalKuala Lumpur – Malaysia disenaraikan pada kedudukan kelapan kerajaan paling efisien dalam Laporan Kompetitif Global 2014-2015.

Laporan terbaru itu diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam laman web meletakkan Malaysia mengatasi Switzerland dan Luxemborg yang berada masing-masing pada kedudukan kesembilan dan ke-10.

Laporan 2014-2015 itu meletakkan kerajaan Qatar sebagai paling efisien, diikuti Singapura (ke-2) dan Finland (ke-3).

Kerajaan lain yang berada dalam kedudukan 10 teratas ialah Hong Kong (ke-4), Emiriah Arab Bersatu (ke-5), New Zealand (ke-6) dan Rwanda (ke-7).

Penilaian WEF terhadap landskap kecekapan dan daya saing 144 kerajaan berdasarkan kepada antara lainnya pembaziran perbelanjaan kerajaan, beban peraturan dan ketelusan penggubalan dasar yang menghasilkan kedudukan global secara keseluruhan.

“Kecekapan sesuatu kerajaan sangat penting terhadap daya saing dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Birokrasi dan peraturan yang melampau, kurangnya ketelusan dan rangka kerja perundangan yang tidak mencukupi menyebabkan pertambahan kos ke atas perniagaan dan menjejaskan kemajuan,” kata laporan itu.

Sementara itu laporan tersebut meletakkan Venezuela mempunyai kerajaan yang paling tidak efisien diikuti Itali, Argentina, Lubnan, Libya dan Croatia.

Negara lain yang mempunyai kerajaan tersenarai 10 paling kurang efisien ialah Angola (ke-7), Chad (ke-8), Mauritania (ke-9) dan Serbia (ke-10).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.