Kiriman pada: Mon, Nov 23rd, 2015

Malaysia Galas Tugas Pengerusi Asean Dengan Cemerlang

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Penganalisis ASEAN tersohor dari Thailand memuji Malaysia kerana telah menjalankan tugas sebagai pengerusi ASEAN 2015 dengan cemerlang, menyatakan sejak hari pertama lagi, Malaysia telah berusaha keras untuk memastikan kelancaran prosiding Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Menurut Kavi Chongkittavorn, di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi, Malaysia telah berusaha memastikan pembentukan Komuniti ASEAN direalisasikan menjelang akhir tahun ini.

Pada hari terakhir sidang-sidang kemuncak selama lima hari itu, pemimpin 10 negara Asia Tenggara menandatangani deklarasi bersejarah bagi pembentukan Komuniti ASEAN menjelang 31 Dis, 2015 yang menggariskan hala tuju bagi integrasi lebih padu di rantau yang mempunyai populasi lebih 600 juta.

Bagaimanapun, Kavi, yang juga felo di Institut Keselamatan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Chulalongkorn berpendapat masih ada lagi “perkara yang belum selesai” bagi anggota ASEAN berkaitan Komuniti ASEAN.

Dan ini memerlukan iltizam politik dan keberanian untuk mengatasinya, terutamanya membabitkan langkah bukan tarif berkaitan perkhidmatan dan pelaburan, katanya.

Malaysia, yang memilih tema “Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita” selaku pengerusi, semalam menyerahkan kepengerusian ASEAN kepada Laos yang mengambil alih sebagai pengerusi 2016 dengan tema ‘Menukarkan Visi Menjadi Realiti Bagi Komuniti ASEAN Dinamik.’

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.