Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Malaysia guna pengalaman Arab Saudi tangani Daish

Kongsi maklumat ini
Tags

Hishammuddin-Hussein-IS-suspectsBENTONG: Malaysia, Indonesia dan Brunei akan mengadakan pertemuan dengan Arab Saudi bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman menangani kumpulan militan Daish (IS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau dan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Brunei dijadual ke Arab Saudi hujung bulan ini.

“Tiga negara akan ke Arab Saudi hujung bulan ini untuk bincang apa pengalaman Arab Saudi menangani IS,” katanya dalam sidang media selepas Program Hala Tuju MINDEF di Genting Highlands di sini hari ini.

Ketika ini katanya, kementeriannya sedang mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko menjadi ancaman pengganas.

“Ancaman terdekat ialah di Sabah. Sebelum ini orang tidak tahu, kita tidak tangani insiden yang sudah berlaku baru ambil tindakan,” katanya.

Hishammuddin mengakui serangan di Jakarta adalah perkara yang menjadi kerisauannya dan perlu diberi perhatian.

“Serangan di Jakarta ini membelenggu fikiran saya, my worst fears has been realised kalau betul IS terlibat,” ujar beliau.

Menyentuh mengenai kesiapsiagaan Kementerian Pertahanan dalam menangani Daish (IS), jelas beliau, perlunya kerjasama pelbagai pihak berkenaan dalam memastikan keselamatan negara.

“Kita kena kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), risikan, counter terrorism dekat Special Branch, dan berkongsi risikan dengan negara lain,” katanya.
Dalam kejadian semalam, sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri letupan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jakarta.

Drama berdarah selama enam jam 10 minit itu bermula pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan (11.45 pagi waktu Malaysia).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.