Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Malaysia – Indonesia Setuju Wujudkan Mekanisma Khas Pembatasan Sempadan Maritim

Kongsi maklumat ini
Tags

zahKuala Lumpur – Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan mekanisma khas berhubung pembatasan sempadan maritim di Laut Sulawesi bagi mempercepatkan proses rundingan dan memuktamadkan isu itu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata keputusan itu dicapai semasa lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo ke negara ini Februari lepas dalam perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apabila mekanisma itu diwujudkan kelak, kedua-dua negara akan melantik perunding khas untuk mengadakan taklimat penerokaan mencari penyelesaian pembatasan sempadan maritim di Laut Sulawesi,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu).

Beliau berkata dengan tertubuhnya mekanisma khas itu, seterusnya kedua-dua negara akan muktamadkan sempadan maritim Laut Sulawesi yang merupakan sempadan Malaysia-Indonesia.

Berhubung isu pencerobohan nelayan di kawasan perairan bertindih, Hamzah berkata Malaysia dan Indonesia juga telah mencapai kata sepakat supaya nelayan-nelayan itu tidak ditangkap, sebaliknya hanya diusir dari kawasan berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.