Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

Malaysia Jadi Hos 1AES Pada November Untuk Perkukuh AEC

Kongsi maklumat ini
Tags

asean (1)Putrajaya – Sidang Kemuncak Keusahawanan 1ASEAN (1AES) akan diadakan buat kali pertama pada November ini sempena pengambilalihan pengerusi ASEAN oleh Malaysia.

Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai 20 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Program itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan, terutama di kalangan golongan muda, kata Pengarah Unit Strategi Negara di Kementerian Kewangan, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

AFMM akan diadakan selama tiga hari mulai 19 Mac ini.

Sundaran berkata, 1AES dengan tema ‘Memasadepankan Usahawan ASEAN’, akan memperkukuh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dengan cara yang ketara.

1AES akan membantu meningkat dan memperkukuh rangkaian di kalangan usahawan ASEAN dengan hasrat untuk meneroka bidang usahawan inovatif untuk faedah bersama, bukan sahaja untuk keuntungan tetapi juga untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat, katanya.

Menjelang 1AES pada November ini, Sundaran berkata, beberapa program akan diadakan semasa AFMM, termasuk 1AES Mini selama dua hari mulai 19 Mac di tempat yang sama.

ASEAN dianggotai 10 negara dan mempunyai 600 juta penduduk dengan profil demografi muda.

Ia menawarkan pasaran dan peluang perniagaan yang semakin meningkat kepada usahawan dan mempunyai gabungan keluaran dalam negara kasar US$2.3 trilion dan jumlah dagangan US$2.4 trilion.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.