Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Malaysia komited bantu tangani perubahan iklim global

Kongsi maklumat ini
Tags

KL01_141215_HALALKUALA LUMPUR: Malaysia komited dan serius dalam membantu menggerakkan usaha menangani masalah perubahan iklim yang memberi kesan kepada hampir semua negara di dunia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha kerajaan dalam perkara itu tidak akan berhenti walaupun Malaysia hanya sebuah negara yang kecil. Beliau berkata, komitmen Malaysia bukan hanya di atas kertas di persidangan antarabangsa tetapi menjurus kepada semua aspek kerana perubahan iklim turut memberi kesan kepada negara. “Kita akan terjemahkan usaha dan kerjasama ini, bukan hanya berkisar kepada peranan kerajaan semata-mata tetapi turut mencakupi pembabitan pihak swasta.” “Usaha ini bukan hanya komitmen atau resolusi semata-mata, tetapi akan diterjemahkan kepada beberapa kaedah yang memberi makna kepada dunia,” katanya. Ahmad Zahid berkata demikian pada majlis Anugerah Bunga Raya Perdana Menteri di sini, malam ini. Anugerah yang diwujudkan sejak tahun 1996 memberi pengiktirafan kepada syarikat yang melaksanakan langkah pemuliharaan alam sekitar dalam operasi harian mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.