Kiriman pada: Mon, Nov 23rd, 2015

Malaysia Kongsi Pandangan Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga

Kongsi maklumat ini
Tags

27TH ASEAN SUMMITKuala Lumpur – Campur tangan Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ditumpukan kepada tiga bidang, iaitu kesan kelembapan kewangan dan ekonomi global di rantau Asia Timur, kerjasama lebih rapat untuk mempromosi kesalinghubungan serantau serta kerjasama tiga hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, di bawah Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), pemimpin berkongsi pandangan mengenai dasar keselamatan dan inisiatif serantau, menangani ekstremisme, mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan serta pergerakan tidak tetap pendatang dan penyeludupan manusia.

Selain daripada sidang kemuncak terbabit, Najib berkata, ASEAN dan Pemimpin Campur Tiga juga telah mengadakan sesi pertemuan dengan wakil Majlis Perniagaan Asia Timur.

Ketika sesi itu, menurutnya, kedua-dua pihak membincangkan mengenai usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Timur, terutama tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dan memasyarakatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Berikutan kejayaan penting itu, Perdana Menteri berkata, pihak yang terlibat dengan RCEP mengambil keputusan melanjutkan rundingan dengan isu selebihnya akan diselesai tahun depan.

Rundingan RCEP, disertai semua 10 negara anggota ASEAN campur Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand, bermula pada November 2012 dengan jangkaan awal untuk dimuktamadkan menjelang akhir tahun.

Gabungan output ekonomi yang berpotensi menjadi perjanjian perdagangan terbesar dunia itu merupakan 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.