Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

MALAYSIA KUTUK SERANGAN TERHADAP UNIVERSITI PAKISTAN

Kongsi maklumat ini
Tags

fkxPutrajaya – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Bacha Khan University di Peshawar, Pakistan baru-baru ini, yang meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Islam Pakistan dan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

“Malaysia berganding bahu secara padu dengan masyarakat antarabangsa untuk terus memerangi keganasan,” katanya.

Sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak diketahui jumlahnya menyerang universiti itu, yang terletak di wilayah Charsadda di barat laut Pakistan pada pagi Rabu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.