Kiriman pada: Wed, Nov 18th, 2015

Malaysia lawan UAE: Pemain JDT itu buat apa atas padang?

Kongsi maklumat ini
Tags
Harimau malaya

Sumber Gambar: Facebook Harimau Malaya

Siapa yang menyaksikan perlawanan Malaysia menentang UAE malam semalam?

Jika ditanya apa yang mengecewakan mereka bukanlah kekalahan pasukan negara tetapi persembahan seorang pemain bertaraf bintang, bermain disebuah kelab terkemuka dalam liga super Malaysia.

Status sudah ada, gaya sudah cukup, gaji pun tinggi, apa lagi yang tidak cukup untuk beliau mempersembahkan sesuatu kepada peminat bola sepak Harimau Malaya?

Safie

Kalau pun tidak boleh mencipta gol, aksi yang dipamer seharusnya dapat mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Tetapi apa yang dapat dilihat beliau seperti hanya berlegar-legar tanpa fungsi di atas padang. Bermain layang-layang barangkali?

Mana perginya semangat untuk mengharumkan nama negara wahai pemain JDT?

Jika bermain untuk pasukan kelab tampak lebih bersemangat gaya permainan beliau, tetapi jika dinilai dari pengamatan peminat liga tempatan aksinya sama sahaja, tak ada bezanya.

Nak kata dia seorang sahaja pemain JDT dalam pasukan negara adalah sangat tidak mungkin kerana ada rakan sepasukan yang sudah berlatih saban hari, bermain bersama tetapi nampak macam tiada keserasian.

Peminat sebenarnya sudah tidak mengharap apa-apa lagi dengan pemain yang pernah dianggap penyerang prolifik itu. Setiap kali perlawanan, mereka yang menyaksikan hanya mampu menggelengkan kepada, hendak dimaki pun tidak sanggup lagi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.