Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Malaysia Lihat Kemungkinan Adakan Struktur, Undang-Undang Pengurusan Bencana

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINTokyo – Malaysia sedang melihat kemungkinan untuk mewujudkan struktur baharu dalam pengurusan bencana serta undang-undang khas bagi membolehkan isu bencana diuruskan dengan teratur dan tersusun, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata ketika ini semua perkara berkaitan bencana adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia aspek keselamatan, tetapi bidang tugas MKN menjadi terlalu banyak ketika bencana berlaku.

Beliau berharap isu bencana diuruskan oleh satu struktur baharu, dengan seorang pegawai tertinggi diberikan kuasa penuh untuk mengerah segala kemudahan, sumber dan aset ketika berlaku bencana.

“Kita (kerajaan) akan teliti (struktur baharu). Kita tak ada undang-undang khas. Ada struktur tadbir urus yang kena kaji, perkukuhkan undang-udang tertentu supaya lebih mudah dilaksanakan (pengurusan bencana), lebih berkesan dan ada pihak bertanggunjawab.

“Tak macam sekarang ni semua urusan bawah MKN. MKN lihat semua aspek keselamatan negara, tapi bila soal bencana, beban banyak sangat untuk MKN,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan empat harinya di Jepun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.