Kiriman pada: Sun, Dec 18th, 2016

Malaysia Memiliki Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien

Kongsi maklumat ini
Tags

Menaiki tren MRT buat kali pertama sungguh mengujakan dengan sistem yang cangih serta geerabak yang luas memberi keselesaan baru kepada penumpang kenderaan awam dan ianya merupakan ciri-ciri pengangkutan awam era baru yang di impikan oleh setiap penguna kenderaan awam.

Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri dua hari lalu bagi laluan Sungai Buluh – Kajang menjadikan sistem tren Malaysia yang sama tarafnya dengan negara maju lain yang mempunyai sistem pengangkutan seperti ini.

Ianya setanding dengan sistem pengangkutan awam dinegara maju lain seperti mana yang di ungkapkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA yang baru sahaja pulang dari menghadiri forum ‘United Nations Economic & Social Commission For Asia & Ministerial Conference’ di Russia.

Dari pengalaman itu beliau mahu mencedok sedikit ilham dari sistem Metro Moscow tersebut untuk di guna pakai dinegara ini dimana dalam masa sehari mampu mengambil penumpang sejumlah purata 8.5 juta dan masa menungu tidak sampai 1.5 minit bagi setiap laluan tren.

Transformasi Pengangkutan Awam yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya sudah mula menampak kan kesan dan hasilnya.

MRT yang baru dilancarkan dua hari lalu bukan sahaja menyediakan gerabak yang luas yang mampu menampung penumpang yang ramai, juga memiliki stesen menunggu yang lebih luas, kemas dan menarik, pengunaan sistem digital yang maksimum memberi panduan mudah kepada penumpang.

Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan sistem pengangkutan awam menerusi operasi MRT yang sungguh efisien setanding negara maju lain seperti Jepun, Korea, Britain yang memiliki perkhidmatan tren yang sama.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.