Kiriman pada: Fri, Mar 6th, 2015

Malaysia Perlukan Ramai Inovator Dan Usahawan Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi

Kongsi maklumat ini
Tags

pmNAJIBKuala Lumpur – Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat sekali gus menjana kekayaan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata inovator seharusnya dapat mempelbagaikan inisiatif bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malahan bidang sosial yang masih belum diterokai sepenuhnya.

“Kita juga memerlukan usahawan yang mempunyai budaya berfikir bukan sahaja hendak mencari kerja tetapi mencipta dan memberi peluang pekerjaan,” kata beliau pada majlis perasmian Menara Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di Bangsar South.

Selain itu, Najib turut mengingatkan usahawan francais supaya menggandakan usaha dan memberikan perkhidmatan terbaik supaya pelanggan terus kekal bersama produk mereka.

“Kita mesti pastikan pengalaman pertama yang mereka (pelanggan) rasai, tak kan dilupakan, itu kunci kejayaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata untuk mencipta kejayaan, usahawan juga perlu mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan semata-mata.

Beliau berkata usahawan yang menggunakan dana sendiri untuk menguruskan perniagaan cenderung berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan.

“Apa yang penting untuk berjaya dalam perniagaan akhirnya akan ditentukan sendiri oleh diri mereka sendiri,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.