Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Malaysia Sambut Baik Amerika Dan Cuba Pulih Hubungan Diplomatik

Kongsi maklumat ini
Tags

Raul-Castro-Kuala Lumpur – Malaysia mengalu-lukan keputusan Amerika Syarikat dan Cuba untuk membuka semula kedutaan di ibu negara masing-masing baru-baru ini.

Kementerian Luar berkata Malaysia teruja dengan perkembangan penting ini dan komitmen politik yang ditunjukkan kedua-dua negara untuk bekerja ke arah memulihkan semula hubungan dua hala antara mereka.

“Malaysia berharap Amerika Syarikat dan Cuba akan terus membangunkan kepentingan dan nilai bersama berdasarkan prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Undang-Undang Antarabangsa demi kepentingan rakyat kedua-dua negara dan wilayah berkenaan secara keseluruhan, kata Wisma Putra.

Keputusan membaik pulih hubungan itu dicapai pada 20 Julai 2015 berikutan persetujuan mercu tanda bersama antara Presiden Barack Obama dan President Raul Castro bagi memulihkan hubungan diplomatik yang terputus sejak 1961.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.