Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Malaysia sertai pakatan 34 negara perangi keganasan

Kongsi maklumat ini
Tags

AP_isis_kab_150211_1_12x5_1600KUALA LUMPUR: Malaysia menyertai pakatan 34 negara Islam yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan.

Penyertaan Malaysia itu diumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Saudi Press Agency.

Antara lain, kenyataan menyebut Arab Saudi mengumumkan pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam untuk memerangi keganasan.

Ia menambah, pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh bagi menyelaras dan membantu operasi tentera.

Selain Malaysia, pakatan berkenaan turut disertai negara arab lain termasuk Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Turut serta adalah Turki dan Pakistan selain negara di Teluk Arab serta Afrika.

Iran, yang bermazhab syiah, musuh utama Arab Saudi yang berfahaman sunnah, tidak disebut sebagai peserta.
Ketika ini konflik proksi antara dua kuasa serantau itu merebak dari Syria sehingga ke Yaman.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.