Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

Malaysia sokong inisiatif Arab Saudi perangi keganasan

Kongsi maklumat ini
Tags

KL41_090315_LIMA_15KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik usaha Arab Saudi berhubung pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam untuk memerangi keganasan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun Malaysia tidak berada dalam senarai pembentukan tentera itu, insiatif diambil Arab Saudi membuktikan penyatuan negara Islam dalam memerangi keganasan. “Malaysia menyokong penuh usaha Arab Saudi, namun sokongan Malaysia tidak membabitkan aktiviti ketenteraan. Sebaliknya persefahaman dan pendirian untuk memerangi ancaman pengganas.” Pembentukan pasukan 34 negara Islam jelas untuk memerangi pengganas dan itu juga adalah pendirian sama 10 negara ASEAN yang dinyatakan dalam sidang kemuncaknya baru-baru ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Inovasi Kementerian Pertahanan di sini, sebentar tadi. Mengulas mengenai kerjasama UMNO-PAS, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO menjelaskan, belum ada pertemuan rasmi diadakan kedua-dua pihak. “Setahu saya belum ada pertemuan antara kedua-dua pemimpin parti berhubung kerjasama yang dinyatakan, namun mungkin ada pertemuan dalam kalangan pemimpin lain,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.