Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

Malaysia Terlalu Banyak Jaguh

Kongsi maklumat ini
Tags

*gambar sekadar hiasan

*gambar sekadar hiasan

Berikut adalah terjemahan surat terbuka daripada seorang pegawai ekspatriat Britain yang dimuatkan dalam akhbar online Malaysiakini pada 13 Julai 2015.

Saya adalah seorang warganegara Britain dan telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun lepas dalam sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang terkenal.

Sejak 20 tahun yang lepas saya telah melawat banyak tempat diseluruh dunia atas kehendak tugas. Daripada pengalaman ini, saya berani menyatakan yang Malaysia dihuni oleh ahli-ahli politik yang buruk dan rakyat yang besikap amat teruk sekali.

Pengetahuan tentang situasi politik didalam sesebuah negeri adalah penting bagi saya kerana kestabilan politik memberi kesan kepada syarikat tempat saya bertugas. Keadaan di Malaysia adalah yang terburuk pernah saya alami setakat ini.

Malaysia mempunyai dua buah gabungan politik yang besar, iaitu kerajaan dan pembangkang. Kedua-dua gabungan ini seperti ayam tanpa kepala yang tidak tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Mereka gemar menyalahkan antara satu sama lain daripada berusaha menyelesaikan konflik dalaman. Keadaan menjadi lebih buruk oleh rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya mereka mahu.

Dari sudut pandangan saya, saya faham yang kebanyakan rakyat Malaysia mahu Perdana Najib mengundur diri, ini tidak menghairankan dalam suasana tuduhan-tuduhan skandal yang timbul hampir setiap hari. Seringkali saya berada bersama kumpulan yang berbeza, pasti ada sahaja soal politik dalam perbualan. Kebanyakan mahu Perdana Menteri Najib berundur.

Saya bertanya kepada mereka apabila Najib pergi, siapa yang akan menggantinya. Tiada satupun kumpulan yang saya temui bersepakat tentang seorang pengganti. Orang nombor dua, Muhyddin Yassin tidak juga mereka gemari. Anwar Ibrahim kini dalam penjara. Mereka perlu akur yang isteri beliau bukan seorang pemimpin. Tiada seorangpun pemimpin wanita lain yang berkempen sering menangis dan dikelilingi cucu-cucunya.

Lim Guan Eng seorang berketurunan Cina, jadi tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Azmin Ali mungkin, tetapi cara Azmin memimpin kerajaan Selangor, juga menggugurkan potensi beliau. Ini bukan kata-kata saya tetapi daripada orang-orang yang mahu Najib digugurkan. Semua mahu Najib dijatuhkan, tetapi tidak wujud Plan B. Sesiapapun yang mengambil alih daripada Najib tidak akan memuaskan hati rakyat Malaysia, dan pasti dengan sekelip mata anda akan mahu pengantinya juga sama berundur.

Politik yang tidak setabil menyebakan ekonomi yang tidak seimbang dan menakut pelabur asing. Nilai Ringgit jatuh dan kerajaan dipersalahkan. Sebenarnya suasana yang tidak setabil disebabkan reaksi yang tidak menentu daripada rakyat Malaysia sendiri.

Pada amnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Najib sudah bersalah sebab laporan dari Wall Street Journal, sebuah akhbar Amerika yang di yakini rakyat Malaysia lebih daripada rakyat Amerika sendiri. Wall Street Journal dan New York Times bukanlah akhbar pilihan buat rakyat Amerika.

Jaguh Dunia Keyboard

Ketika syarikat Penerbangan Malaysia ditimpa musibah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadi ‘pakar penerbangan’ dan beranggapan mereka lebih mengetahui daripada pihak berkuasa.

Ketika kematian berlaku dalam festival muzik, mereka berlagak seperti ahli sains pathology dan forensik. Sekarang mereka berlagak seperti pakar perbankan dan ekonomi. Sebenarnya orang Malaysia hanyalah jaguh keyboard (jaguh media sosial). Saya nampak kini puak pembangkang akan menganjurkan himunan jalanan, dan pasti ramai pengamal media sosial akan mudah di pengaruhi.

Sewaktu krisis banjir di Kelantan, mengapa puak pembangkang dan orang ramai tidak kumpulkan orang yang boleh membantu secara fisikal? Orang Malaysia nampaknya lebih gemar mengempur jalanan, menjerit-jerit dan buat bising, merosakkan hartabenta bukan milik mereka sambil menyalahkan kerajaan. Itulah orang Malaysia.

Saya selalu mendengar suara-suara menyalahkan pasukan penyelamat dan polis kerana lambat sampai ke tempat kejadian kemalangan. Mengapa salahkan mereka apabila anda sendiri tidak mematuhi peraturan jalanraya? Lane kecemasan dipenuhi oleh kereka-kereta mereka yang terlambat ke majlis makan malam atau ke panggung wayang.

Orang Malaysia telah mendapat jolokan sebagai pemandu yang paling teruk di dunia. Anda tidak boleh mematuhi peraturan jalan yang paling asas dan anda menyalahkan semua orang lain. Apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan, anda kata mereka itu pengacau dan pengamal rasuah. Apabila mereka tidak bertindak seperti diatas, anda katakan mereka tidak membuat kerja mereka. Apakah yang anda sebagai orang Malaysia mahu?

Kawasan-kawasan baru yang dipenuhi pelbagai bangunan ‘Concrete jungles’ telah menimbulkan isu persekitaran. Anda mahu modernisasi dan anda anggap Mahathir sebagai bapa modernisasi Malaysia. Akan tetapi PERKASA suatu ciptaan Mahathir berterusan mengerakkan sentimen perkauman. Adakah ini modernisasi pada anda? Lebih separuh kekayaan di Malaysia dimiliki bukan orang Malaysia, dan Mahathirlah, jaguh anda, menjadi penyebabnya.

Kontrak kerja saya di negara ini kini hampir tamat. Saya ada pilihan terus bekerja di sini, tetapi ini dengan sukacita saya tolak. Fikiran orang Malaysia terlalu cetek dalam menghadapi sebarang isu. Daripada berbicara menyelesaikan krisis semasa, orang Malaysia biasa mengenepi sebarang usaha menanganinya sambil berharap penyeselaian akan jadi dengan sendirinya. Teruskan berharap, hai orang Malaysia.

Dengan kadar semasa, Malaysia pasti akan menempah kegagalan dan bukan ahli politik sahaja yang harus dipersalahkan. Sikap rakyat Malaysia juga apa bezanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.