Kiriman pada: Wed, Nov 18th, 2015

Malaysia Tingkat Kawalan Keselamatan Bagi Sidang Kemuncak ASEAN

Kongsi maklumat ini
Tags

27TH ASEAN SUMMITSepang – Malaysia meningkatkan kawalan keselamatan bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula di Kuala Lumpur, susulan serangan pengganas di Paris Jumaat lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan keselamatan para perwakilan dan kelancaran mesyuarat berkenaan, katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Princess Haliza bagi Program Latihan Khidmat Negara.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama antara pemimpin dunia yang dijadual menghadiri sidang kemuncak berkenaan yang dihoskan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2015.

Hishammuddin berkata dua kementerian itu akan mengambil kira apa yang berlaku di bandaraya Perancis itu untuk memastikan semua tetamu selamat.

“Kami perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan kerana serangan pengganas boleh berlaku bila-bila masa tanpa amaran.”

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.