Kiriman pada: Wed, Nov 18th, 2015

Malaysia Tunggu Pengesahan Rasmi Filipina

Kongsi maklumat ini
Tags

HARI INOVASI KDNKUALA LUMPUR – Malaysia sudah berhubung dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapatkan maklumat rasmi berhubung dakwaan rakyat Malaysia dipenggal di Mindano, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia menerusi bahagian risikan setakat ini sudah mengesahkan kes itu. Namun, katanya, pihak berkuasa Malaysia sedang mendapatkan pengesahan lanjut dengan kerajaan Filipina.

“Itu berita daripada pihak Mindanao… Kita tak dapat nak sahkan. Saya sudah minta Ketua Polis Negara untuk dapatkan maklumat yang sah dan rasmi daripada pihak berkuasa Filipina.

“Walaupun maklumat risikan mendapati ada kesahihannya…kita perlu mendapatkan pengesahan secara rasmi dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pemimpin Muda ASEAN (AYLS) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Bernard Then Ted Fen, 39, berasal dari Sarawak diculik kumpulan militan Abu Sayyaf bersama pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dari restoran Ocean King Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.

Kepala Then dipercayai dipenggal kumpulan itu kira-kira jam 4 petang semalam di kepulauan Jolo, manakala Thien pula dibebaskan pada 8 November lalu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.