Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

Malaysia, UK Tingkat Kerjasama Tangani Ancaman Daesh

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ11_210115_ZAHIDPutrajaya – Malaysia dan United Kingdom (UK) akan meningkatkan kerjasama dalam menangani ancaman kumpulan pengganas Daesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu adalah antara intipati perbincangannya bersama Menteri Perolehan Pertahanan UK Philip Dunne dalam pertemuan di pejabatnya hari ini.

Kerjasama itu melibatkan pertukaran maklumat melalui Polis Antarabangsa (Interpol), kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Scotland Yard dan pihak berkuasa UK serta pemantauan media sosial.

“Digital counter messaging (Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi) akan mula beroperasi di Malaysia pada Mei nanti dan melalui kerjasama ini, saya harap jalinan antara pihak berkuasa keselamatan kedua-dua negara akan dapat dipereratkan,” katanya.

Selain itu, program pemodenan kepolisan turut dibincangkan dalam pertemuan itu terutama dalam aspek sumber peralatan dan sistem yang lebih canggih daripada UK.
Turut dibincangkan adalah mengenai program keselamatan di kawasan sempadan negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.