Kiriman pada: Tue, Mar 31st, 2015

Malaysia Yakin Dapat Menarik Kedatangan 29.4 Juta Pelancong Sempena MyFest 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

PERASMIAN D'TANDOOR PUTRAJAYAPutrajaya – Malaysia yakin dapat menarik kedatangan 29.4 juta pelancong tahun ini bersempena Tahun Festival Malayisa (MyFest) 2015, kata Menteri Pelancongdan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sehubungan itu, beliau berkata sasaran itu boleh dicapai dengan menjana hasil RM89 bilion jika penggiat industri pelancongan dan kebudayaan terus mempromosi kepelbagaian makanan Malaysia yang hebat dengan pendekatan yang holistik dan relevan.

“Sektor swasta dan kerajaan perlu bekerjasama rapat bagi memastikan kejayaan kempen kementerian bagi memastikan ia dapat menjana lebih banyak hasil untuk negara,” katanya pada pelancaran menu baharu D’Tandoor International Group of Restaurants.

Teks ucapannya disampaikan timbalan ketua setiausaha kementerian Datuk Rashidi Hasbullah.

Sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sosioekonomi negara, Mohamed Nazri berkata perbelanjaan pelancong meningkat secara signifikan kepada RM72 bilion tahun lepas berbanding RM65.4 bilion pada 2013.

Mohamed Nazri berkata perkongsian strategik akan menyediakan peluang yang tidak terbatas untuk mencapai ke khalayak global yang belum pernah terjadi sebelum ini melalui rangkaian global D’Tandoor.

“Atas sebab itu, kementerian mengadakan pakatan strategik dengan D’Tandoor, satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi restoran itu mempamerkan yang terbaik daripada apa yang kita tawarkan semasa MyFest 2015,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.