Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

Kongsi maklumat ini
Tags

Lion Air YH531 4368 (MIL) 737-900 Paint Roll OutKuala Lumpur – Malindo Air menawarkan jualan Pra-Merdeka istimewa bagi laluan domestik dan serantau dengan tambang sehala terangkum sehingga serendah RM59.

Syarikat penerbangan hibrid itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata tempahan bermula hari ini sehingga 2 Ogos, bagi tempoh perjalanan daripada sekarang sehingga 15 Mei tahun depan.

Penerbangan dari KLIA2 ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula dengan tambang sehala serendah RM99.

Bagi destinasi antarabangsa, Malindo Air berkata tambang terangkum bermula daripada tambang sehala serendah RM79 ke Singapura, tambang sehala RM99 ke Bangkok, Bandung dan Jakarta, dan tambang sehala RM199 ke bandar-bandar di India iaitu Trichy, Kochi, Vishakapatnam dan Trivandrum.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.