Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Mampukah Mahathir Ulang Sejarah 2008

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (1)Mahathir cuba menguna ‘script’ lama ketika dalam perancangan menjatuhkan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang diguna pakai pada tahun 2008, ia ini keluar dari UMNO kononnya tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, setelah berulang kali beliau menyatakan bahawa UMNO kini adalah milik Najib.

Tetapi sahingga hari ini beliau masih kekal bersama UMNO kerana beliau tahu script lama tidak sesuai diguna pakai di zaman Najib, era berbeza, walaupun telah beberapa kali melafaskan bahawa UMNO sekarang bukan lagi UMNO yang dahulu, mungkin maksudnya berbunyi ‘UMNO baru selepas pengharaman’ yang beliau ‘miliki’.

Mahathir tidak rasa malu untuk berada didalam UMNO walaupun telah melafaskan UMNO ini milik Najib dan bukan lagi milik orang Melayu, sepatutnya Tun mahathir telah lama keluar dari parti UMNO jika merasakan UMNO bukan lagi milik orang Melayu, sering kali juga beliau mencabar agar dipecat tetapi UMNO masih tidak memecat beliau dari parti.

Nama sahaja bekas pemimpin nombor satu UMNO tetapi peraturan UMNO sendiri beliau lupa, apa jawatan beliau didalam parti sahingga boleh dipecat, beliau hanya ahli biasa sahaja jadi nak pecat dari jawatan apa?. Sebagai ahli parti beliau tahu akan peraturan parti, pemecatan, pengantungan jawatan dan keahlian serta dibatalkan keahlian itu sahaja peraturannya, kalau tak selesa didalam parti tidak perlulah menanti keputusan MKT, buat sahaja seperti mana yang beliau lakukan pada tahun 2008 dahulu.

Mahathir tahu jika dia lakukan seperti mana tahun 2008 mungkin dia akan kesaorangan atau di temani oleh ahli keluarga sahaja, majlis beliau pun bukan ramai sangat orang hadir, pun kalau tak jual nama Najib harus tak ada yang nak datang, zaman dah berlalu Tun, kalau usung Tan Sri Sanusi pun ceritanya boleh disimpan didalam arkib sahaja, rakyat Malaysia dah kedepan bukan zaman dok dalam kelubung, salah cakap tangkap ISA, salah maklumat hilang projek, tak ikut program hilang jawatan.

Semua ahli UMNO ada hak untuk bersuara, tetapi biarlah mengikut peraturan berpersatuan bukan main langgar sahaja, zaman Tun juga dahulu berapa ramai yang kena pecat hanya kerana tidak mengikut atau membantah, habis semua fail lampau dikeluarkan untuk mengugut mereka.

Belum ada ahli parti yang dipecat kerana menegur Presiden parti, tetapi yang dipecat, digantung dan dibatalkan keahlian adalah ekoran tindakan mereka yang boleh memudaratkan parti, ini bukan soal menegur Presiden, menuduh Presiden parti tanpa asas dan keputusan mahkamah adakah ini satu teguran, belum dibicarakan dah kata Presiden bersalah, dulu siapa yang kata ‘sesaorang itu tidak bersalah selagi dia belum didapati bersalah oleh mahkamah’.

Cuba lihat sejarah Anwar Ibrahim, mengapa dia dipecat dari parti kononnya salah laku, jika benar pun mengapa pada tahun 1997 mengapa tidak pada tahun 1993, sepatutnya Anwar boleh digantung dari jawatan parti dan kabinet kerana salah laku tersebut sebaik sahaja dimaklumkan maklumat tersebut dan di biarkan disisasat, Anwar dipecat sebelum mahkamah membuktikan beliau bersalah.

Berbeza dengan isu Muhyiddin Yassin yang terang terang menyerang Presiden hanya sekadar mendengar maklumat dari sumber pembangkang sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden Parti UMNO, sepatutnya beliau mempertahankan Presiden Parti sahingga disahkan Presiden parti benar benar didapati bersalah oleh mahkamah tidakkah beliau membelakangkan peraturan parti dengan sebab itu layaklah Muhyiddin digantung jawatannya.

Mahathir bukan tidak pernah dihina dengan pelbagai gelaran hanya kerana memecat Anwar Ibrahim, jadi yang amat menghairankan ialah jika pembangkang boleh mengunakan Mahathir pula untuk menyerang Najib, jika dahulu mereka mengunakan Anwar untuk menyerang Mahathir kini mereka mengunakan Mahathir pula untuk menyerang Najib, kerana mereka tahu Mahathir juga mudah lupa dan kekal mempunyai nafsu.

Mahathir pernah berkata “Saya dibenci dan dihina pembangkang bukan kerana saya Mahathir, tetapi kerana saya Perdana Menteri dan Presiden UMNO, satu hari bila saya sudah lepaskan jawatan jawatan, mereka akan berhenti membenci dan menyebarkan propaganda buruk tentang saya, Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada masa itu pula akan menerima layanan sama seperti saya.”

Tapi sayangnya yang menghina Perdana Menteri dan Presiden UMNO hari ini datangnya dari orang yang pernah bercakap perkara ini suatu ketika dahulu.

Diharap Mahathir bolehlah tinggalkan UMNO buat kali ke tiga kali ini tanpa perlu menunggu arahan dari parti, jika tidak rasa malu untuk duduk bersama ‘parti Najib’ duduklah baik baik menumpang didalam parti Najib, jika tidak pandai-pandailah bawa diri bersama parti pembangkang atau tidak berparti jika mampu bergerak secara ‘one man show’.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.