Kiriman pada: Mon, Feb 27th, 2017

Mampukah MCA Mengambil Peluang Yang Terbentang Ketika Ini.

Kongsi maklumat ini
Tags

Ini yang diharapkan oleh majoriti kaum Cina di negara ini terhadap parti yang satu ketika dahulu begitu kukuh, berketerampilan dan diyakini boleh membantu rakyat khususnya warga Cina.

Selepas dilanda tsunami politik yang teruk pada PRU ke 12 dan 13 yang lalu kini MCA mempunyai peluang untuk kembali meyakini para pengundi bahawa mereka masih seperti dahulu dan akan terus melaksanakan apa sahaja demi membantu rakyat.

Suatu ketika dahulu dengan tidak disedari MCA telah dilanda kurang keyakinan khususnya kaum Cina terhadap parti itu ekoran mereka terpengaruh dengan mainan ‘kotor’ pihak pembangkang yang menyebarkan pelbagai dakyah palsu dan fitnah.

Kini dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Kha Siong, dua gabungan tenaga berpengalaman dilihat telah memebri keyakinan kepada pengundi kaum Cina khusus dan rakyat keseluruhan nya.

Bukan mudah untuk mengembalikan semula keyakinan pengundi kepada parti yang pernah melalui zaman ‘kelumpuhan’ dan pada ketika ini dilihat peluang begitu terbuka ntuk mereka merebut kembali dan pulih dari kelumpuhan.

Penyusunan jentera pilihan raya yang dientuk oleh kedua pemimpin ini bakal mengembalikan keyakinan dan mampu untuk merampas kembali kerusi yang mereka tewas.

Adalah bukan mustahil untuk melihat MCA kembali berkuasa dengan gagahnya setelah pelbagai usaha mendekati rakyat dan pengundi semakin rancak dan mendapat perhatian keseluruhan rakyat, sejarah telah membuktikan, lihat sahaja gerak kerja mereka ketika bersama membantu Barisan Nasional memenangi beberapa pilihan raya kecil dan Negeri (Sarawak).

Jika dilihat penglibatan MCA didalam beberapa pilihan raya ini maka bolehlah kita mengambil kira ianya sebagai kayu pengukur bahawa MCA kini telah kembali dan mula bangkit untuk membantu Barisan Nasional untuk terus menjadi kerajaan.

Dikala tsunami kini sedang melanda pakatan pembangkang yang diketui oleh Lim Kit Siang dan Mahathir maka pelaung yang terbuka luas ini tidak boleh lagi dibiar berlalu dengan sia-sia, MCA harus mengambil peluang yang sedang terbuka ini.

MCA harus mengambil peluang diketika keyakinan pengundi dengan kedudukan politik pembangkang masa kini terutamanya DAP, kini apa yang pernah dialami oleh MCA telah kembali menghantui DAP sendiri sehingga kaum Cina yang dahulunya menyokong DAP kini sudah mula meninggalkan parti itu.

Semoga usaha yang dijalankan oleh parti MCA ini akan menghasilkan keyakinan rakyat dan mengembalikan undi mereka kepada parti yang tidak pernah jemu membantu mereka walaupun diketika tidak berkuasa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.