Kiriman pada: Mon, Dec 19th, 2016

Mampukah Parti Bunga Mencuri Kerusi Pilihan Raya Ke 14

Kongsi maklumat ini
Tags

Nampaknya kemasukkan parti Bunga tidak disenangi oleh rakan sekutunya sendiri, sepatutnya kegembiraan yang ditunjukkan depan lensa kamera media perlulah sama dengan senyum didalam bilik mesyuarat, bukan berkerut dahi.

Parti Bunga perlu mencari tapak baru dan bukan menumpang pada kerusi yang telah dimiliki oleh rakan parti lain didalam Pakatan, itu yang disuarakan oleh parti yang terlebih berkuasa didalam pakatan, parti Bunga yang seperti melukut harus akur atau mereka akan bersendirian.

Walaupun parti Bunga datang dengan berbekalkan 3 krusi ( 1 Parlimen dan dua kerusi DUN) belum tentu ianya sebagai jaminan mereka boleh mengekalkan kedudukan mereka kerana sebelum ini mereka didokong kuat oleh parti keramat orang Melayu ia itu UMNO.

Parti bunga tidak boleh mendabik dada dengan 3 kerusi tersebut, dengan tanparan agar mencari tapak baru ianya adalah satu cabaran kepada parti Bunga untuk mencari sokongan rakyat yang rata-rata mengenali apa isu dengan pemimpin mereka (parti Bunga) dan gabungan dengan Pakatan belum menjamin mereka boleh menang sebarang kerusi pada pilihan raya ke 14 nanti.

Rakyat juga tahu kekuatan parti Bunga, jika tidak masakan mereka mahu melutut meminta bergabung dan bekerja sama dengan parti pembangkang dalam pakatan harapan sahingga sanggup di perkuda sedangkan pemimpin didalam parti Bunga bukan calang-calang orangnya ketika didalam UMNO dahulu.

Malah parti mereka juga mendapat sokongan serta dipimpin oleh bekas pemimpin negara yang mempunyai impian untuk menongkat langit, yang bijak mencatur negara sahingga banyak rakyat mendapat kelebihan dan kebaikkan ketika era kepimpinannya.

Walaubagaimana pun rakan-rakan mereka didalam pakatan kini mula merasakan berserabut dan kelang kabut dengan kehadiaran parti Bunga ini kerana ‘demand’ mereka yang mahu meletakkan calon mereka untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional kononnya boleh menumpaskan dan merampas kerusi calon Barisan Nasional.

Kemasukkan parti Bunga kini telah menjadi masalah besar dalam pembentukkan kedudukan kerusi untuk pilihan raya ke 14 nanti, kerana setiap rakan ahli parti yang sedia ada telah pun memiliki kedudukan dan ‘target’ kerusi pilihan raya ke 14, tetapi dengan kemasukkan parti Bunga semuanya kena dirobak semula dan dengan ini sudah pasti ada calun dari pakatan harapan yang lain akan berputih mata.

Perjanjian kerjasama yang mereka lakukan sebelum ini belum tentu menjadi penjamin bahawa parti Bunga akan mendapat tempat di hati rakyat kerana mereka berasal dari parti yang sangat di benci oleh penyokong pembangkang dahulunya, mereka-mereka ini lah dahulunya yang dituduh sebagai bapa perasuah, maha firaun dan maha zalim.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.