Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Mangsa Banjir Perlu Daftar Di Pusat Pemindahan

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSKuching – Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan perlu memastikan mereka mendaftarkan diri agar segala bantuan termasuk pemberian wang ihsan dapat disalurkan dengan sewajarnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata pendaftaran itu perlu bagi memastikan tidak timbul masalah dalam pengagihan bantuan kepada mangsa, pada masa akan datang.

“Insya-Allah sumbangan wang ihsan kita akan beri kemudian cuma saya nak pesan di sini, supaya mereka yang berpindah mendaftar sebab kita tidak boleh berdasarkan cuma dengan cakap…kena tulis dalam buku pendaftaran.

“Jadi sekiranya mereka duduk dalam kawasan banjir berpindah ke tempat lain mereka kena daftar,” katanya dalam sidang media di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Matu Baru pagi ini.

Shahidan yang tiba di Kuching pada 12.25 tengah malam tadi melawat pusat pemindahan berkenaan yang menempatkan sejumlah 499 orang mangsa daripada keluarga 125 keluarga.

Mengulas lanjut, Shahidan berpuas hati dengan respons pasukan menyelamat yang bertindak pantas sepanjang kejadian banjir di Kuching, Bau dan Serian yang berlaku ketika ini.

Shahidan berkata sebagai menteri bertanggungjawab menguruskan bencana, beliau akan memastikan perpindahan serta kebajikan mangsa di pusat pemindahan dijaga dengan baik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.