Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

MANGSA LEMAS DI PANTAI BELAWAI DITEMUI HARI INI

Kongsi maklumat ini
Tags

sfdjfSibu – Dua sekawan yang hilang dipukul ombak besar ketika mandi di Pantai Belawai, 85km dari sini, ditemui hari ini.

Mayat Mohd Hanis Ahmad Tajuddin, 16, dijumpai terdampar di kawasan pantai Tanjung Sebujok, 15 km dari tempat kejadian oleh seorang nelayan pada 7 pagi tadi.

Mayat Armi Amira Pendita, 27 pula ditemui terapung di perairan dua km dari tempat kejadian pada 12.17 tengah hari oleh para nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,Farhan Sufyan Borhan berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Isnin lepas, kedua-dua mangsa dikatakan sedang mandi bersama dua lagi rakan mereka sebelum dipukul dan dihanyutkan ombak besar.

Keadaan laut semasa kejadian dan sepanjang operasi mencari dan menyelamat adalah bergelora.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.