Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Manusia Dikurniakan Hati Dan Perasaan

Kongsi maklumat ini
Tags

dkyKita ingin mengelak daripada kelihatan lemah, kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka. Beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

– Perbanyak Membaca Al Qur’an
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh kerana itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini, amalan memperbanyak membaca Al Qur’an, in shaa ALLAH hati akan menjadi tenang.
Bagaimana dengan mereka kaum wanita yang sedang uzur? Mudah saja, cukup dengan mendengar bacaan-bacaan ayat Al – Qur’an melalui mp3, in shaa ALLAH dapat membantu ‘smile emoticon’

– Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cubaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Selepas solat, berdoalah. Mengadulah masalah kita kepada ALLAH. Mintalah ketenangan hati dari-NYA, kerana Ia adalah pemilik hati kita…

– Banyakkan Istighfar Dan Berzikir
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Harus diingat, zikir bukan saja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

– Hindari Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting buat mereka yang baru saja mengalami putus cinta atau sejenisnya , dan hindari dari suasana yang boleh membuat anda sesak. KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.

– Sentiasalah mengingat ALLAH
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingat ALLAH. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa ALLAH maha mengetahui dan senantiasa bersama kita dimanapun kita berada.

Apa yang membuat kita sedih, ALLAH lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang ALLAH beri itu adalah agar kita kembali mengingati-NYA. ‘He loves you no matter what’.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.