Kiriman pada: Tue, Dec 8th, 2015

Mara Digital Bukan Untuk Bersaing Dengan Low Yat

Kongsi maklumat ini
Tags

12348613_10206747449939552_1550095448_nKUALA LUMPUR: Pembukaan Mara Digital di ibu kota bukan mahu memberi persaingan kepada pusat barangan jualan IT lain seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini, sebaliknya ia bertujuan memberi peluang kepada peniaga Melayu dan Bumiputera dalam menjalankan perniagaan berbentuk lebih menjurus kepada teknologi maklumat.

Itu yang dikatakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas menghadiri Majlis Pelancaran ICT Mara, di sini.

“Kita buat ini untuk beri peluang kepada peniaga Melayu dan Bumiputera.

“Kita sebenarnya bukan tujuan berlawan dengan sesiapa. Jangan ada tanggapan yang tujuan kita buka ini untuk berlawan dengan pusat IT lain seperti Low Yat dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Pelancaran ICT Mara di sini, hari ini.

Tambah Ismail lagi, dengan wujudnya peniaga-peniaga yang akan memenuhi ruang legar bangunan di tingkat 3 itu nanti, ia diharap dapat membantu menarik tumpuan orang ramai untuk membeli-belah di sana kelak.

Tegasnya, beliau yakin suasana kurang sambutan itu nanti akan bertambah ceria dengan adanya pelbagai pilihan barangan IT yang diniagakan oleh lebih 100 calon peniaga itu nanti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.