Kiriman pada: Sun, Mar 8th, 2015

MAS Dalam Proses Menyediakan Bayaran Pampasan Penuh MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

AHMAD JAUHARI YAHYAKuala Lumpur – Malaysia Airlines (MAS) kini dalam proses menyediakan pembayaran pampasan penuh untuk anggota keluarga terdekat, para penumpang dan anak kapal MH370.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berikutan Pengisytiharan Kemalangan, syarikat penerbangan itu kini boleh membuat pembayaran pampasan penuh.

“Kami sedang melaksanakannya. Syarikat insurans bersama-sama dengan MAS, akan menghubungi anggota keluarga bagi membincangkan pampasan tersebut,” katanya.

Pada 29 Januari lepas, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan, kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan di bawah peraturan-peraturan penerbangan antarabangsa.

Sebaik sahaja perisytiharan itu, MAS telah memaklumkan kepada semua aggota keluarga terdekat mangsa mengenai pampasan tersebut.

Mereka boleh menghubungi MAS apabila sudah bersedia untuk meneruskan tuntutan pampasan atau jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

“Bayaran ini bagi membolehkan keluarga yang terlibat menyambung semula kehidupan seperti biasa selepas kehilangan orang yang tersayang. Saya tahu ia adalah masa yang sukar untuk semua orang. Kami akan membantu dengan cara yang sebaik mungkin, dengan apa yang munasabah dan kami akan buat yang terbaik,” kata Ahmad Jauhari.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.