Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Masa Operasi Pintu Masuk Malaysia, Brunei Dilanjutkan Hingga 12 Malam

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKBandar Seri Begawan – Operasi di pintu masuk di sempadan Malaysia dan Brunei yang kini dibuka dari 6 pagi hingga 10 malam akan dilanjutkan sehingga 12 malam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata perkara itu dicapai hasil persetujuan bersama antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu pertemuan.

“Dari segi (waktu operasi) pintu masuk sekarang, terdapat kesukaran dalam kalangan orang ramai, sama ada dari Brunei ke Malaysia atau Malaysia ke Brunei. Tempoh pembukaan di pintu masuk hanya sehingga 10 malam.

“Tuanku dan saya dah setuju untuk dilanjutkan sehingga 12 malam supaya perhubungan antara kedua-dua negara berjalan dengan lebih lancar lagi,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan beliau ke Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila tarikh pelanjutan waktu operasi di pintu masuk sempadan itu akan mula dikuatkuasakan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.