Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Masalah Panas Enjin Paksa Afiq Di Tempat Kelima

Kongsi maklumat ini
Tags

Afiq IkhwanKuala Lumpur – Pelumba tempatan Afiq Ikhwan Yazid gagal menaiki podium pada perlumbaan pertama kejuaraan Siri Asia Lamborghini Super Trofeo apabila suhu enjin kenderaannya menjadi terlalu panas pada saingan Grand Prix Kuala Lumpur City.

Afiq, yang menyambut hari lahirnya ke-24 hari ini, memulakan perlumbaan di petak ketiga sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa 51 minit 17.160 saat, iaitu ketinggalan 16.265s di belakang juara, Kazuki Hiramine dari Jepun.

“Keadaan kenderaan baik sekali dari segi kelajuan pada lima pusingan pertama sebelum tiba-tiba wujud masalah suhu enjin.

“Masalah ini memaksa sistem kenderaan beralih ke mod selamat selama 30 saat dan saya mula melakukan anjakan atas bagi mengurangkan suhu tetapi sistem kenderaan beralih semula ke mod selamat beberapa kali.

“Masalah kepanasan enjin kerana haba yang dikeluarkan oleh kereta depan yang saya mengekori secara rapat,” kata pelumba pasukan The Starspeed Racing Team itu kepada pemberita selepas perlumbaan itu.

Tempat kedua disandang oleh gandingan pelumba Yuan Bo dari China dan pelumba Itali, Edoardo Liberati dengan catatan masa 51:01.781s, diikuti pelumba Jepun, Toshiyuki Ochiai dengan catatan masa 51:06.657s.

Afiq bagaimanapun berharap untuk membaiki masalah kepanasan enjin dengan memasang kipas tambahan sebelum perlumbaan kedua dari petak pertama dan perlumbaan Piala KL City GT dengan harapan menaiki podium.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.