Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

MASALAH TEKNIKAL PUNCA PERKHIDMATAN AEROTREN KLIA TERHENTI KIRA-KIRA DUA JAM

Kongsi maklumat ini
Tags

aerotrain_klia_wikiPutrajaya – Masalah teknikal menyebabkan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhenti sementara selama kira-kira dua jam , menurut pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd.

Seorang jurucakap berkata masalah itu telah diatasi menjelang kira-kira 3 petang semalam (bermula kira-kira 1 tengah hari).

Semasa perkhidmatan terhenti, bas digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi, katanya.

Aerotren membawa penumpang antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada masalah tersebut menyebabkan beberapa penerbangan tergendala.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan penerbangan tergendala disebabkan masalah teknikal Aerotren, jurucakap Malaysia Airports berkata: “penerbangan yang tergendala boleh berpunca daripada banyak sebab.”

Malaysia Airports dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebook berkata walaupun sebuah daripada Aerotren beroperasi seperti yang dijadualkan, perkhidmatan bas masih digunakan untuk mengangkut penumpang yang terlibat.

Malaysia Airport memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

Jurucakap Malaysia Airports berkata penumpang-penumpang yang terkandas telah meninggalkan lapangan terbang kira-kira 5 petang semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.