Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Masjid Negara Jadi Markas Pengkaderan Demo Jalanan

Kongsi maklumat ini
Tags

masjidMasjid adalah rumah ibadat umat Islam yang perlu di imarah dengan aktiviti sihat dan berfaedah selain tempat menunaikan rukun Islam yang ke-lima.

Tetapi hari ini Masjid Negara telah menjadi tempat penkaderan para pendemo dan markas bagi pendemo jalanan untuk berhimpun bagi tujuan tertentu.

Adakah Masjid Negara sudah mengubah kedudukannya dari sebuah bangunan yang menjadi tarikan pelancung selain tempat beribah kepada markas tempat berhimpun atau menjadi ‘center point’ untuk berhimpun sebelum melakukan aktiviti berdemo.

Jika aktivitnya menjerumus kepada pendidikan jiwa rohani dan jasmani ianya amatlah di galakkan, tetapi jika menjadi markas kepada sesuatu aktiviti yang tidak mendatangkan faedah kepada seluruh rakyat dan negara Malaysia, adalah lebih baik pihak Masjid Negara melakukan sesuatu agar kesucian bangunan Masjid negara tidak dicemari.

Hari ini sahaja dilihat pihak Masjid Negara seolah-olah membenarkan piahk-pihak tertentu terutama peserta demo jalan untuk mengunakan bangunan Masjid Negara sebagai markas mereka, ii termasuk dengan membiarkan mereka memasang kain rentan dan tempat menyusun baris berkawat. kader1

Memang tidak menjadi satu kesalahan untuk orang ramai berhimpun di masjid apatah lagi ketika masuk waktu solat, tetapi berhimpun untuk tujuan melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan sepatutnya di halang oleh phak Masjid Negara.

Sepatutnya pihak Masjid Memainka peranan untuk menasihatkan mereka supaya memilih lokasi lain dan bukan di perkarangan masjid untuk berhimpun agar padangan orag luar terhadap agama Islam negara ini tidak disamakan dengan keganasan seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah seperti Syria, Iran, Iraq dan sebagainya.

Semoga Allah memelihara kesucian Masjid Negara dari di nodai oleh pentadsub beragama.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.